Mekah dan Menara, Pelengkap Hadis Kiamat


BUZZ!! Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca-pembaca wa yang setia. Sekali lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan kemuliaan ni wa nak buat sedikit sebanyak coretan tentang perihal-perihal keduniaan yang berkaitan dengan akhir zaman, dan Kiamat yang dijanjikan. Kepada yang masih belum tahu hakikat ni, biarlah wa kasi brief introduction kat lu orang. Seperti yang sedia maklum, kerajaan Arab Saudi sedang dalam proses pembangunan satu menara jam tinggi yang terletak berhampiran dengan Kiblat kita, Kaabah di dalam Masjidil Haram.

"Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ”
Itulah yang pernah disebutkan Nabi kita Muhammad SAW, 1400 tahun yang lalu. Apa yang dimaksudkan dengan bangunan tinggi daripada Kaabah? Lu orang tahu? Kalau tak tahu, ni wa nk bagitau.. Bangunan tinggi yang Nabi cakapkan tu adalah Menara Jam (dan bangunan tinggi yang lain) yang sedang dalam proses pembangunan di Kaabah.Ya, perkara ini sememangnya sedang berlaku. Memang cukup bahaya. Apatah lagi ia sekarang dalam process pembinaan bangunan tinggi di tempat para hamba-hamba-NYA menunaikan Haji dan Umrah. Di tempat orang bersujud dan menitiskan titisan air-mata mutiara kepada Sang Penakluk Jiwa, Ya RABB!

Sedikit sebanyak gambar Menara Jam yang wa collect dari google untuk ratapan lu orang :-





Ni ada lagi sikit gambar yang menunjukkan kebenaran Hadis yang wa tulis kat atas. Dah banyak bangunan tinggi kat Mekah sebenarnye yang sudah terhasil dan sedang dihasilkan melalui projek yang diberi nama Projek Mega Mekah. Cuma kita semua yang masih buta dengan kemewahan dan hiburan dunia. Mari sama-sama kita saksikan lagi gambar-gambar mudah-mudahan kita diberi petunjuk.





Bangunan 4x Lebih Tinggi Dari KLCC Bakal Dibangunkan di Jeddah

Dan satu lagi perkara yang mengerikan bakal kunjung tiba. Kerajaan Arab Saudi sekarang sedang merancang satu lagi bangunan yang paling tinggi di dunia, melebihi segala bangunan tertinggi di dunia yang ada sekarang ni. (OMG!) Dan wa rasa bangunan yang bakal di bina ni akan menjadi tanda-tanda kedatangan Hari Pembalasan. Sini ada beberapa fakta yang wa kolek dari sumber-sumber tertentu berkaitan projek bangunan paling tinggi ni.
1 - Keluarga di-Raja Arab Saudi bakal membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion)
2 - Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia. 
3 - Akan dibina di Jeddah dan mengandungi hotel, apartment mewah dan sebuah pusat beli-belah.

3 - Masa untuk tiba di puncak menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

4 - Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

5 - Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.

 


Bila wa tengok pembangunan yang hebat macam ni di negara Arab Saudi, wa pun terfikir apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Wa teringat pulak jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: "..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan."

SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat. Terhasilnya bangunan-bangunan tinggi di kerajaan Arab Saudi ini sekaligus melengkapkan apa yang pernah disebut Nabi Muhammad SAW sebagai tanda hadirnya Kiamat.

Salam Ramadhan dari wa, Gemok Serabai.